Arms Monsters Fangire

Mereka dirujuk sebagai pembantu Kiva pada tahun 2008. Mereka terdiri dari suku-suku Fangire yang telah pupus - suku Wolfen, suku Merman, dan suku Fraken.

Garulu

Garulu (ガルル, Garuru) adalah salah satu Fangire dari suku Wolfen (ウルフェ, Urufen) yang telah dihapuskan oleh Rook, ahli Checkmate Four. Suku Wolfen sepertinya menggunakan kuku masing-masing untuk "mencungkil roh"hamusia sebelum memakannya. Pada tahun 1986,Garulu dikenali oleh Otoya, Yuri, Shima, dan Akira sebagai Jiro (次狼, Jirō). Namun,pada tahun 2008, Garulu lebih suka untuk tinggal di dalam Caslte Doran. Dia meganggap dunia manusia kini penuh dengan korupsi. Di dalam Castle Doran, Garulu bekerja sebagai Pengurus Harta Castle Doran, dia kerap bermain catur atau daun terup bersama penghuni Castle Doran yang lain.

Semasa dia masih berada di dunia mannusia (pada tahun 1986), Garulu @ Jiro adalah pengunjung tetap kafe Mald'amour milik Akira kerana dia meminati kopi yang dihidangkan di sana. Pada masa yang sama, dia menyerang pengunjung-pengunjung yang lain yang juga menikmati kopi di sana kecuali Yuri, kerana dia meminatinya. Dia adalah makhluk pertama yang menggunakan sistem IXA. Dia banyak kali cuba membunuh Otoya kerana Otoya adalah penghalang baginya untuk memikat hati Yuri. Akhirnya, apabila Yuri sudah tahu identiti Garulu, dia memilih untuk menyembungikan diri untuk sementara.

Pada tahun 2008, Garulu yang tinggal di dalam Castle Doran mengaku pernah membuat sumpah kepada Otoya untuk membantu Kiva bersama rakan-rakannya, Bassha dan Dogga. Dia juga pernah bersumpah untuk melindungi manusia sekiranya Organisasi Biru Langit Hebat dibubarkan.

Nama Garulu (ガルル) diambil dari ejaan bunyi serigala menyalak dalam bahasa Jepun. Manakala nama Jiro pula diambil dari ejaan kanji untuk "serigala" (狼, ōkami/rō).

Bassha

Bassha (バッシャー, Basshā) adalah Fangire dari suku Merman (マーマ, Māman). Personalitinya lebih kebudak-budakkan tetapi matang. Dia berkebolehan untuk menembak bebuih air tang dimampatkan dari mulutnya. Pada tahun 2008, Basshaa menginap di Castle Doran dan bekerja sebagai suri rumah, tetapi mengenakan unifom kelasi sekolah menengah rendah. Selain itu, dia berkebolehan untuk menyerabutkan permainan catur rakan-rakannya dalam Castle Doran dengan tenaga telekinetik.

Pada tahun 1986, Bassha dikenali sebagai Ramon (ラモン). Dia bekerja sebagai budak pengilat kasut di gerai haram. Kadang-kadang, dia menolong Garulu di dalam rancangannya untuk mengahwini Yuri, walaupun kadang-kadang tindakan Garulu itu berbahaya kepada Bassha dan Dogga. Setelah gerainya dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan, dia dan Dogga bekerja di kafe Mald'amour sebagai Penyambut Tetamu.

Ramon juga pernah membuat sumpah kepada Otoya untuk membantu Kiva bersama-sama Garulu dan Dogga.

Nama "Basshā" (バッシャー) diambil dari ejaan bahasa Jepun bagi bunyi kocakan air.

Dogga

Dogga (ドッガ, Dogga) adalah Fangire dari suku Franken (フランケ, Furanken), antara suku Fangire yang paling kuat. Cara suku ini memakan "roh" manusia adalah dengan menyedut "roh' itu dalam bentuk kejutan elektrik. Dia bekerja di dalam Castle Doran sebagai Pelayan Senior. Dia dikenali sebagai Riki (力(リキ)), sewaktu berada di dunia manusia. Gaya percakapannya sangat perlahan. Kadang-kadang, dia wakilkan Ramon atau Jiro untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Dia mempunyai tabiat membunyikan angin pada lehernya. Malah, dia juga suka makan makanan yang ganjil.

Pada tahun 1986, Riki berkerja bersama Ramon sebagai tukang urut. Kemudiannya, setelah gerai tempat mereka bekerja dirobohkan, dia bekerja sebagai pelayan di kafe Mald'amour. Dia jatuh hati pada Yuri setelah mencuba nasi goreng pattaya yang rentung masakan Yuri.

Dogga juga telah membuat sumpah kepada Otoya bersama Bassha dan Garulu untuk membantu Kiva.

Nama "Dogga" (ドッガ) diambil dari ejaan Jepun bagi bunyi hemtaman yang kuat, barangkali objek seperti tukul. Perkataan "Riki" pula dieja menggunakan ejaan kanji yang sama untuk kanji "kuasa" (力, chikara).